Thursday, June 27, 2013

Ustaz Halim dan KPI Solat


Memeriahkan surau dengan program bacaan Yasin

Sungguh merdu sekali bacaan Imam kita iaitu Ustaz Halim. Dengan lenggoknya, lembutnya, suaranya, tatkala di waktu subuh, boleh membuatkan kita lena dibuai mimpi indah. Itulah keistimewaan yang ada padanya sehinggakan mereka yang begitu liat untuk ke surau kini mula hadir ke surau. Hebatnya tarikan tersebut. Memang benar kata orang, Islam itu indah. Dengan kelembutan, kita mampu membuka jalan yang lurus kepada rakan2 kita. Jika tidak keberatan, semoga setiap solat 5 waktu kita, di imamkan oleh Ustaz Halim. Saya menyokong penuh !

Hari ini, Malam Jumaat, lain daripada yang lain. Begitu indah rasanya. Para lelaki dan wanita muslim hadir ke surau untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya' serta membaca Yasin. Setelah selesai semuanya, Ustaz Halim mengedarkan satu borang yang dinamakan Borang Mutabaah Amal. Satu borang umpama borang kehadiran atau boleh dikatakan satu borang KPI solat kita. Solatkah kita, tidak solatkah kita, sendirian atau berjemaah, di bilik atau di surau, akan dicatatkan dalam borang tersebut.  Pada akhir bulan, hasilnya akan boleh dilihat sejauh mana KPI solat kita. Semakin majukah? semakin menurun? atau tiada perubahan.

Bagi sesetengah orang, borang tersebut akan kelihatan seperti memaksa kita untuk solat. Umpama solat tetapi tidak ikhlas kerana takut akan rekod yang akan dipaparkan kelak. Hendak ditipu, Allah lihat kesemuanya, hendak jujur umpama riak pula. Apapun itu semua, bergantung pada hati dan iman masing2. Niat itu penting. Yang penting bukan pandangan manusia semata, tetapi pandangan Allah pada kita. Bab umpama memaksa itu, penulis dengan jujurnya pada mulanya merasakan begitu, namun penulis pernah melihat satu kenyataan ini,

Bertudunglah walaupun TERPAKSA
Solatlah walaupun TERPAKSA
Puasalah walaupun TERPAKSA

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemui hikmah dan
akhirnya hati kita akan menjadi IKHLAS keranaNya.

Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. 

Semoga surau kita di IKWAS akan dipenuhi oleh peserta DPA 1/2013. Sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik ganjarannya.

1 comment:

  1. Aktiviti kerohanian yang melengkapkan peribadi dan sahsiah individu. Semoga Istiqamah....INTEGRA

    ReplyDelete