Kepenatan. Itu sahaja kami mampu ucapkan. Namun kepuasan yang dinikmati apabila tiba di puncak Bukit Pangkor, tidak terkata rasanya. Kerana kumpulan Camah diduga dengan ujian kesabaran yang tinggi, memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apabila salah seorang ahli kumpulan yang cedera, kami berusaha memberi kata2 semangat, mendorongnya untuk teruskan perjuangan. Walaupun selangkah demi selangkah penuh dengan kesakitan, kami teruskan jua. Kerjasama, Alhamdulillah, sangat terbaik dalam kumpulan Camah. Setiap peserta lelaki berkorban menolong peserta wanita. Tiada satu sikap mementingkan diri ada dalam kumpulan ini.
Fahmi antaranya, sanggup mengangkat dua bag di mana satu bag sahaja sudah 15 kg. Kami berusaha agar yang cedera itu dikurangkan bebannya. Hampir pengsan, kekejangan namun kami harus membantunya. Kumpulan2 lain tiba di puncak khabarnya sekitar jam 10.00 pagi. Namun, bak kata Mr. David, it's not a competition. First or last doesn't matter. What's matter is the quality of the group.
Setelah berehat selama 45 minit di puncak Bukit Pangkor. Kami mulakan perjalanan pulang. Perjalanan turun tidak begitu sukar seperti ketika mendaki. Tibanya di pantai, kami menaiki bot laju untuk ke base. Saya berpeluang untuk duduk di hadapan sekali. Terasa...WOW...I DID IT !! Satu kejayaan serta kepuasan ! Terasa berbaloi semua kepenatan dan kesakitan yang dirasai. Kenangan itu tidak mungkin dilupakan...namun tidak ingin kami ulangi. Haha. OBS..terbaikkkkkkkkkkkkk
No comments:
Post a Comment