Outward Bound School (OBS)
Lumut, Perak
Malaysia
Akhirnya, Sidang A @ Aristokratia berjaya menghabiskan cabaran Outward Bound School (OBS) di Lumut, Perak selama seminggu. Satu modul luar bagi kami yang paling mencabar, menguji ketahanan minda dan fizikal. Namun Alhamdulillah, ramai dari kami berjaya menamatkan cabaran tersebut cuma sedikit merugikan apabila ada yang give up di pertengahan jalan. Apakan daya, masing2 ada kekuatan tersendiri. Apapun kami tetap sokong anda semua. Bak kata Instructor, apa gunanya lepas cabaran di OBS tapi mengalami kecederaan kekal sepanjang hayat.
Namun begitu, dapat dilihat sepanjang modul tersebut, setiap peserta menunjukkan sifat kepimpinan dan kerjasama yang terbaik. OBS merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupai sampai bila2 namun bak kata KPP, kenangan tersebut tidak mungkin akan diulang semula. Cukuplah dengan apa yang telah dilalui. Haha.
More pictures will be upload soon including the Bomba Modul. In hurry for Economy Class. Stay tune INTEGRA !
Kalau rakan2 INTEGRA ada gambar2 menarik yang ingin dikongsi bersama, sila berikan gambar2 tersebut pada Hasif Rahman di Sidang A.Cuma saya inginkan gambar bersaiz besar dan bukan gambar di FB atau Wassap kerana nanti kualitinya tidak begitu baik bila di paparkan.
This is just the starting point guys !
No comments:
Post a Comment