Monday, June 24, 2013

The First Day - OBS


 Kucar kacir group photo
17.05.2013 

Setelah tiba di OBS Lumut, Malaysia pada 16.05.2013, kami semua dibahagikan kumpulan kepada 5 iaitu Camah, Korbu, Cabang, Raiya dan Irau. Masing2 dengan instructor mereka yang tersendiri. Bagi si penulis, termasuk dalam kumpulan Camah yang diawasi oleh Mr. David. Ya, Mr. David. Sebelum datang sudah dengar khabar angin bahawa beliau seorang yang sangat strict. Sebelum pembahagian kumpulan, dalam hati asyik berdoa jangan termasuk kumpulan dia, tetapi apakan daya, nama diseru. Semua peralatan elektronik seperti handphone, mp3 dan buku2 cerita diminta untuk diserahkan dan akan disimpan oleh instructor sehingga tamatnya OBS nanti. Maka masing2 menghantar pesanan buat kali terakhir sebelum menyerahkannya. Terasa sedih juga. Seminggu? Hmm.. Setelah itu masing2 ditempatkan di dorm yang telah di sediakan. Sungguh tidak sangka, begitu tinggi dorm ini. Bayangkan, tangga sebanyak 130 steps ! Untuk ke atas sahaja tanpa membawa apa2 barang sudah terasa lutut bagai hendak tercabut inikan pula membawa barang2. Semput itu sudah pasti.


Dorm bagi peserta lelaki

Jadi pada 17.05.2013, masing2 sudah bersiap sedia dengan kumpulan. Bermula pagi dengan senaman ringan dan permainan berpasukan, seterusnya ke Dining Hall untuk sarapan pagi. Ada peraturannya dimana selagi kumpulan tidak cukup ahlinya, maka tidak dibenarkan untuk memulakan sarapan. Kunci kabinet peralatan makan dipegang oleh salah seorang ahli yang bertukar ganti jagaannya, bagi kumpulan Camah. Sebelum makan, bacaan doa makan akan dibaca. Setelah selesai sarapan, maka bermula kelas pengajaran untuk digunakan semasa Jungle Treckking kelak. Perkara yang diajar adalah cara2 membaca peta dan penggunaan kompas serta mencari bearing. Agak mudah kelas ini memandangkan ramai diantara kita telah belajar cara menggunakannya ketika di Lead Camp Alpha Bangi dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


 Sesi Pembelajaran di tepi pantai


Sekitar Permandangan di OBS Lumut, Malaysia

2 comments:

  1. "130 anak tangga" - kehidupan ini umpama sebuah pendakian menuju ke arah sebuah kejayaan yang didukung oleh prestasi - sedikit demi sedikit kejayaan-kejayaan kecil dikumpulkan menjadikan ia sebuah kejayaan yang besar - bak mendaki gunung - setapak demi setapak yang dilalui adakalanya menimbulkan kelelahan , kejenuhan, kemalasan, ketakutan dan aneka fikiran yang menghantui hingga akhirnya mempengaruhi pemikiran - positif menjadi negatif. Jadilah manusia yang memaknai momentum - dakilah selagi gunung itu mampu didaki, berenanglah selagi lautan itu mampu direnangi - TO SERVE, TO STRIVE, BUT NOT TO YIELD

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete