Saturday, June 29, 2013

It's Bowling Time !


Pada Jumaat yang lepas, 28 Jun 2013, telah berlansung satu program Ten - Pin Bowling di V-Bowl, Kluang Parade. Dianjurkan oleh INTEGRA bagi merapatkan silaturahim antara peserta2 Diploma Pengurusan Awam, khususnya Sidang A @ Aristokratia dan Sidang B @ Bitara yang kini sedang menjalani modul kelas di Intan Wilayah Selatan (IKWAS) selain dari menghiburkan diri tatkala menhadapi minggu yang padat. Program ini sebenarnya lebih kepada program bersuka ria dan bersaing secara sihat di antara peserta. Menang kalah adat permainan, menang kalah kami semua tetap INTEGRA ! 


Ini kisah kami, Aristokratia dan Bitara


Peraturan permainan ini mudah sahaja. Pegang bola dan baling atau digolekkan ke arah 10 pin di hadapan supaya jatuh terburai. Mereka yang melanggar peraturan, bola bowling tersebut akan terguling ke belakang dan bukan di hadapan. Antara mereka yang berjaya di rakam kenangan bola bowling terguling ke belakang...err...dirahsiakan nama. Haha. Tidak lupa juga pada adegan jari tidak dapat dikeluarkan daripada lubang bola tersebut ! Mwehehe.
 

 Walaupun dari satu kumpulan yang besar, apabila ada dua pihak, berbaju hijau Aristokratia dan berbaju oren Bitara, sudah pasti ada pertandingan dan sudah pasti gelaran juara menjadi rebutan. Persaingan sihat diantara peserta di samping merapatkan silatulrahim. Bukan untuk menunjukkan siapa hebat, siapa tidak, sekadar persaingan santai sahaja kerana ada juga group yang menang SORAK dan RIUH, gelak ketawa sepanjang perlawanan. Bergegar rasanya tempat bowling tersebut. Manakan tidak, Tok Sidang yang baru kaki gelak. Hahahaha.

Penulis tidak ingat sebenarnya apa hadiah kemenangan, tetapi kalau tidak silap ketika flash back, rasanya hamper berisi junk food. Sebab time habis tu sibuk buat preparation lain.


Seperti yang dikatakan sebelum ini, itu dia, Aristokratia berbaju hijau termasuk penulis dan Bitara berbaju oren. Belek2 gambar yang diambil baru perasan, gambar sendiri takda. Terpaksa mengemis dari peserta lain. Haha. Boleh dikatakan semua lorong di situ di tempah kami. Penuh dengan Oren dan Hijau. Tetapi perasan juga tak semua team riuh. Ada yang nampak serius. Rilek okkkkkkkkk...have fun, that's the most important things. Dalam kelas dah tension, jangan la time aktiviti santai pun kita tension -,-

Tengok saja kumpulan riuh gelak ketawa, baling bola kucar kacir tapi penuh gelak ketawa. Haha. Hadiah entah kemana, tetapi kenangan itu sentiasa menjadi pembakar semangat.


 Apa yang pasti, sepanjang program tersebut berlansung, mereka2 yang tidak pernah bertegur, yang tidak pernah berbual, seolah2 semuanya sudah lama kenal. Menyokong ahli2 kumpulan mereka, bermain bersama. Matlamat utama program dilihat tercapai. Bonding persahabatan diantara sidang semakin kuat. Seperti Naz, happy bebenar dia. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....dan...er..pemain ni..tak ingat...Copi ke atau Arip? Fokus je tu...haha..strike ke dak?


 Sempat juga melawat kawasan2 lain selain tempat bermain. Ada yang duduk ketawa riang melihat gelagat pemain2 dan penyokong. Ada yang berbual sambil memberi senyuman dan...ada juga yang kesunyian...Apapun pelbagai gelagat dapat dirakam sepanjang program tersebut.


 Haaa....ini la team Riuh Gelak Ketawa ! Siddiq dan Arip mendominasi Kegembiraan peserta. Team pula terdiri daripada kaki riuh iaitu Arip, Mega, Diana, Theng, Farah, Laddawan, Hasif, Siddiq, Aizad, Effy, Khairol, Dzulkifli, Cash, Halim, Kath dan...yang tak disebut..maafkan diri ini. Lupa :p


Team Riuh Rendah



 Para Maskulin dan Jelitawan


Semangat kesukanan yang tinggi dari para peserta !


Namun walauapapun, kita semua adalah satu, kita semua adalah juara !
INTEGRA !
Kerjasama dan bersatu dalam apa jua perkara, tolong menolong and never leave our friends behind. Semangat berpasukan !


 Haa...di sini ada satu soalan. Sapa dapat jawab, nanti penulis belanja :p
Sapa yang mendapat atau menjuarai 
"Penerima Sorakan Terbaik"
Sepanjang perlawanan :p

Aksi penghuluwati kita
This is what we call friendship ! :p


Oh ya............belum tamat lagi !


 Ok. Satu amalan Aristokratians yang diamalkan adalah menyambut Birthday bagi kesemua ahli yang lahir pada setiap bulan. Setelah selesai program tersebut, kami semua berkumpul dan mengeluarkan kek yang ditempah/dibeli untuk the birthday boy ! :p Birthday siapakah pada bulan JUN???


 Ya ! Fuadi dan Udin !   

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu semua
Allah selamatkan kamu

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to all of you
Happy Birthday to you


 Di mohon birthday boy untuk meniup lilin tersebut....bersama :p


 Atas permintaan Tok Sidang KAO, ini dia, gambar penuh mesra mereka berdua
Ececece...hahahahahaha
Berpegang tangan berkongsi hari kelahiran. Auwwwwwww :p


 Itu saja cerita dari Ten-Pin Bowling. 
Jumpa anda semua di BBQ Night Isnin ini !
Kita gegarkan semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hidup INTEGRA !

 Oh ya, ingin minta bantuan siapa2 lepas ni tolong record aktiviti program kita. Kalau ada yang menarik, boleh diuploadkan.

Sidang2 lain kalau ada nak submit gambar pun boleh, takda masalah. Have fun guys !


Thursday, June 27, 2013

Ustaz Halim dan KPI Solat


Memeriahkan surau dengan program bacaan Yasin

Sungguh merdu sekali bacaan Imam kita iaitu Ustaz Halim. Dengan lenggoknya, lembutnya, suaranya, tatkala di waktu subuh, boleh membuatkan kita lena dibuai mimpi indah. Itulah keistimewaan yang ada padanya sehinggakan mereka yang begitu liat untuk ke surau kini mula hadir ke surau. Hebatnya tarikan tersebut. Memang benar kata orang, Islam itu indah. Dengan kelembutan, kita mampu membuka jalan yang lurus kepada rakan2 kita. Jika tidak keberatan, semoga setiap solat 5 waktu kita, di imamkan oleh Ustaz Halim. Saya menyokong penuh !

Hari ini, Malam Jumaat, lain daripada yang lain. Begitu indah rasanya. Para lelaki dan wanita muslim hadir ke surau untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya' serta membaca Yasin. Setelah selesai semuanya, Ustaz Halim mengedarkan satu borang yang dinamakan Borang Mutabaah Amal. Satu borang umpama borang kehadiran atau boleh dikatakan satu borang KPI solat kita. Solatkah kita, tidak solatkah kita, sendirian atau berjemaah, di bilik atau di surau, akan dicatatkan dalam borang tersebut.  Pada akhir bulan, hasilnya akan boleh dilihat sejauh mana KPI solat kita. Semakin majukah? semakin menurun? atau tiada perubahan.

Bagi sesetengah orang, borang tersebut akan kelihatan seperti memaksa kita untuk solat. Umpama solat tetapi tidak ikhlas kerana takut akan rekod yang akan dipaparkan kelak. Hendak ditipu, Allah lihat kesemuanya, hendak jujur umpama riak pula. Apapun itu semua, bergantung pada hati dan iman masing2. Niat itu penting. Yang penting bukan pandangan manusia semata, tetapi pandangan Allah pada kita. Bab umpama memaksa itu, penulis dengan jujurnya pada mulanya merasakan begitu, namun penulis pernah melihat satu kenyataan ini,

Bertudunglah walaupun TERPAKSA
Solatlah walaupun TERPAKSA
Puasalah walaupun TERPAKSA

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemui hikmah dan
akhirnya hati kita akan menjadi IKHLAS keranaNya.

Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. 

Semoga surau kita di IKWAS akan dipenuhi oleh peserta DPA 1/2013. Sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik ganjarannya.

Monday, June 24, 2013

The Bukit Pangkor


Kepenatan. Itu sahaja kami mampu ucapkan. Namun kepuasan yang dinikmati apabila tiba di puncak Bukit Pangkor, tidak terkata rasanya. Kerana kumpulan Camah diduga dengan ujian kesabaran yang tinggi, memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apabila salah seorang ahli kumpulan yang cedera, kami berusaha memberi kata2 semangat, mendorongnya untuk teruskan perjuangan. Walaupun selangkah demi selangkah penuh dengan kesakitan, kami teruskan jua. Kerjasama, Alhamdulillah, sangat terbaik dalam kumpulan Camah. Setiap peserta lelaki berkorban menolong peserta wanita. Tiada satu sikap mementingkan diri ada dalam kumpulan ini.

Fahmi antaranya, sanggup mengangkat dua bag di mana satu bag sahaja sudah 15 kg. Kami berusaha agar yang cedera itu dikurangkan bebannya. Hampir pengsan, kekejangan namun kami harus membantunya. Kumpulan2 lain tiba di puncak khabarnya sekitar jam 10.00 pagi. Namun, bak kata Mr. David, it's not a competition. First or last doesn't matter. What's matter is the quality of the group.


Setelah berehat selama 45 minit di puncak Bukit Pangkor. Kami mulakan perjalanan pulang. Perjalanan turun tidak begitu sukar seperti ketika mendaki. Tibanya di pantai, kami menaiki bot laju untuk ke base. Saya berpeluang untuk duduk di hadapan sekali. Terasa...WOW...I DID IT !! Satu kejayaan serta kepuasan ! Terasa berbaloi semua kepenatan dan kesakitan yang dirasai. Kenangan itu tidak mungkin dilupakan...namun tidak ingin kami ulangi. Haha. OBS..terbaikkkkkkkkkkkkk

The Jungle Treckking !






Jungle Treckking in OBS ! Perjalanan ini memang sangat memenatkan. Tak banyak gambar diambil di sini memandangkan sedang membawa bag seberat 20kg mungkin dan memegang botol air 1 gelen di tangan. Mood nak amek gambar memang out. Cuma sedikit sahaja gambar yang berjaya diambil, itupun kerana dipaksa. Haha.

Untuk Watch Camah under Mr. David, kami mendaki 4 bukit, lebih 1 bukit berbanding kumpulan lain. Kaki memang kejang habis. Baju lenjun dibasahi peluh. Kepenatan, kesakitan, dan macam2 lagi namun semua itu mampu ditahan dengan kekuatan mental ! Don't ever give up ! This is just the starting point ! Kata2 tu masih terngiang lagi.

The First Day - OBS


 Kucar kacir group photo
17.05.2013 

Setelah tiba di OBS Lumut, Malaysia pada 16.05.2013, kami semua dibahagikan kumpulan kepada 5 iaitu Camah, Korbu, Cabang, Raiya dan Irau. Masing2 dengan instructor mereka yang tersendiri. Bagi si penulis, termasuk dalam kumpulan Camah yang diawasi oleh Mr. David. Ya, Mr. David. Sebelum datang sudah dengar khabar angin bahawa beliau seorang yang sangat strict. Sebelum pembahagian kumpulan, dalam hati asyik berdoa jangan termasuk kumpulan dia, tetapi apakan daya, nama diseru. Semua peralatan elektronik seperti handphone, mp3 dan buku2 cerita diminta untuk diserahkan dan akan disimpan oleh instructor sehingga tamatnya OBS nanti. Maka masing2 menghantar pesanan buat kali terakhir sebelum menyerahkannya. Terasa sedih juga. Seminggu? Hmm.. Setelah itu masing2 ditempatkan di dorm yang telah di sediakan. Sungguh tidak sangka, begitu tinggi dorm ini. Bayangkan, tangga sebanyak 130 steps ! Untuk ke atas sahaja tanpa membawa apa2 barang sudah terasa lutut bagai hendak tercabut inikan pula membawa barang2. Semput itu sudah pasti.


Dorm bagi peserta lelaki

Jadi pada 17.05.2013, masing2 sudah bersiap sedia dengan kumpulan. Bermula pagi dengan senaman ringan dan permainan berpasukan, seterusnya ke Dining Hall untuk sarapan pagi. Ada peraturannya dimana selagi kumpulan tidak cukup ahlinya, maka tidak dibenarkan untuk memulakan sarapan. Kunci kabinet peralatan makan dipegang oleh salah seorang ahli yang bertukar ganti jagaannya, bagi kumpulan Camah. Sebelum makan, bacaan doa makan akan dibaca. Setelah selesai sarapan, maka bermula kelas pengajaran untuk digunakan semasa Jungle Treckking kelak. Perkara yang diajar adalah cara2 membaca peta dan penggunaan kompas serta mencari bearing. Agak mudah kelas ini memandangkan ramai diantara kita telah belajar cara menggunakannya ketika di Lead Camp Alpha Bangi dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


 Sesi Pembelajaran di tepi pantai


Sekitar Permandangan di OBS Lumut, Malaysia

Sunday, June 23, 2013

Succesfully Completed ! (Intro)


Outward Bound School (OBS)
Lumut, Perak
Malaysia

Akhirnya, Sidang A @ Aristokratia berjaya menghabiskan cabaran Outward Bound School (OBS) di Lumut, Perak selama seminggu. Satu modul luar bagi kami yang paling mencabar, menguji ketahanan minda dan fizikal. Namun Alhamdulillah, ramai dari kami berjaya menamatkan cabaran tersebut cuma sedikit merugikan apabila ada yang give up di pertengahan jalan. Apakan daya, masing2 ada kekuatan tersendiri. Apapun kami tetap sokong anda semua. Bak kata Instructor, apa gunanya lepas cabaran di OBS tapi mengalami kecederaan kekal sepanjang hayat.

Namun begitu, dapat dilihat sepanjang modul tersebut, setiap peserta menunjukkan sifat kepimpinan dan kerjasama yang terbaik. OBS merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupai sampai bila2 namun bak kata KPP, kenangan tersebut tidak mungkin akan diulang semula. Cukuplah dengan apa yang telah dilalui. Haha.

More pictures will be upload soon including the Bomba Modul. In hurry for Economy Class. Stay tune INTEGRA !

Kalau rakan2 INTEGRA ada gambar2 menarik yang ingin dikongsi bersama, sila berikan gambar2 tersebut pada Hasif Rahman di Sidang A.Cuma saya inginkan gambar bersaiz besar dan bukan gambar di FB atau Wassap kerana nanti kualitinya tidak begitu baik bila di paparkan.

This is just the starting point guys !

Saturday, June 15, 2013

Away for OBS !


Aristokratia will be away for OBS !
Wish us all the best for the whole week at Lumut, Perak.

Masing - masing di Whatsapp bertanyakan pelbagai perkara terutama dari segi barang - barang yang perlu dibawa dan tidak boleh dibawa. Perkara normal bagi semua kursus, apa nak bawa? Beli itu dan ini, akhirnya bag sebesar tayar lori. Sampai di tempat kursus, hanya 20% sahaja barang dipakai sepanjang kursus. Haha.
Apapun, OBS menguji kerjasama dan ketahanan fizikal serta mental. Mohon Aristokratian saling tolong menolong dan tidak mementingkan diri sendiri. Semangat semangat !

HAZMAT - Hazardous Material



HAZMAT - Hazardous Material

Sesungguhnya memakai pakaian ini agak melemaskan bagi sesetengah orang. Perasaan risau gas oksigen di dalam tangki kehabisan, pernafasan yang sedikit sukar dari biasa dan keadaan terkurung di dalam sut getah tersebut membuatkan diri merasa lemas dan terperangkap.

Namun kami semua berjaya mengharunginya walaupun ada segelintir yang kecundang akibat tidak biasa dengan keadaan memakai sut tersebut. Tetapi apapun tahniah kerana berani mencuba dan tidak mengalah. 



Setelah memakai sut HAZMAT tersebut, para peserta dikehendaki melakukan PT10 dan berjalan untuk menaiki bangunan di sekitar kawasan tersebut. Ini sebagai satu latihan untuk membiasakan diri memakai sut tersebut dan belajar mengawal pernafasan. Mungkin ada yang mengatakan, apa susahnya nak bernafas. Mereka yang sudah mencuba pasti tahu apa kesukarannya. Menantikan sidang B,C dan D menikmati pengalaman tersebut.

 




 Gelagat - gelagat Aristokratia HAZMATIAN and BUDDY
 

 Model HAZMAT of the day
Jihad with...?
Hadiah menanti bagi jawapan yang tepat siapa di dalam Sut HAZMAT tersebut.
Hint : TUNAI



Modul Bomba (PEBAKA) - Kuala Kubu Bharu

Modul luar pertama bagi Sidang A (Aristokratia) 
 Modul Bomba (PEBAKA) di Kuala Kubu Bharu.



 Si gagah perkasa

 

Para jelitawan

Salah satu perkara yang diajar oleh Urusetia Bomba - Response time in 60 seconds ! We serve to save people's life. Lets go !


Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang anugerah terbaik bagi kategori yang disediakan.


Dari kiri (berdiri) 

Cash Ahmad - Anugerah Kepimpinan Terbaik
Hasif Rahman - Anugerah Akademik Terbaik
Khairul Azar Omar - Anugerah Keseluruhan Terbaik
Mega Nopija - Anugerah Jasmani Terbaik

Kejayaan Pertama Integra - Majlis Bersama Tan Sri KPPA


 SESI INTERAKSI PESERTA
KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM
BIL. 1/2013 SIRI KE 44

BERSAMA - SAMA
YBHG. TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

4 JUN 2013
INTAN BUKIT KIARA



Integra diberikan penghormatan bagi  menjadi tuan rumah untuk menjayakan majlis bersama Ybhg. Tan Sri KPPA yang menggabungkan semua peserta DPA di IKWAS, INTIM dan INTURA. Majlis tersebut merupakan majlis pertama bagi Ybhg. Tan Sri bersama peserta DPA dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sehingga KPP PPP IKWAS, Tuan Taqi berkali - kali memuji kejayaan tersebut. Namun harus dingat, pujian itu membunuh. Jadikan kecemerlangan ini sebagai pemangkin untuk terus cemerlang di masa akan datang. Yang baik kita pertingkatkan, yang buruk kita perbaiki. 


Bersama - sama rakan seperjuangan dari INTIM dan INTURA

Perjalanan Sudah Bermula


Perjalanan sudah bermula. Yang dinantikan sudah tiba. Segalanya bakal berubah kini. Diploma Pengurusan Awam (DPA) bagi sesi 1/2013 siri ke 44, dan dengan julung kalinya di adakan serentak di IKWAS, INTIM dan INTURA. Kursus bagi pengesahan jawatan secara am nya dan secara khususnya untuk membentuk PTD yang unggul di perkhidmatan awam. Modul - modul yang disediakan bakal memberi satu pemangkin kepada PTD bagi membentuk ketahanan mental dan fizikal yang terbaik selari dengan kehendak rakyat pada masa kini yang inginkan perubahan dalam pentadbiran awam.

Semoga rakan - rakan semua tabah dalam menghadapi cabaran DPA dan sentiasa berkerjasama dalam apa jua cabaran yang disediakan. Kita sudah selangkah di hadapan, namun jangan pernah kita berhenti melangkah agar kita sentiasa di hadapan kerana PTD ialah pemimpin !