Monday, June 24, 2013

The Jungle Treckking !






Jungle Treckking in OBS ! Perjalanan ini memang sangat memenatkan. Tak banyak gambar diambil di sini memandangkan sedang membawa bag seberat 20kg mungkin dan memegang botol air 1 gelen di tangan. Mood nak amek gambar memang out. Cuma sedikit sahaja gambar yang berjaya diambil, itupun kerana dipaksa. Haha.

Untuk Watch Camah under Mr. David, kami mendaki 4 bukit, lebih 1 bukit berbanding kumpulan lain. Kaki memang kejang habis. Baju lenjun dibasahi peluh. Kepenatan, kesakitan, dan macam2 lagi namun semua itu mampu ditahan dengan kekuatan mental ! Don't ever give up ! This is just the starting point ! Kata2 tu masih terngiang lagi.

The First Day - OBS


 Kucar kacir group photo
17.05.2013 

Setelah tiba di OBS Lumut, Malaysia pada 16.05.2013, kami semua dibahagikan kumpulan kepada 5 iaitu Camah, Korbu, Cabang, Raiya dan Irau. Masing2 dengan instructor mereka yang tersendiri. Bagi si penulis, termasuk dalam kumpulan Camah yang diawasi oleh Mr. David. Ya, Mr. David. Sebelum datang sudah dengar khabar angin bahawa beliau seorang yang sangat strict. Sebelum pembahagian kumpulan, dalam hati asyik berdoa jangan termasuk kumpulan dia, tetapi apakan daya, nama diseru. Semua peralatan elektronik seperti handphone, mp3 dan buku2 cerita diminta untuk diserahkan dan akan disimpan oleh instructor sehingga tamatnya OBS nanti. Maka masing2 menghantar pesanan buat kali terakhir sebelum menyerahkannya. Terasa sedih juga. Seminggu? Hmm.. Setelah itu masing2 ditempatkan di dorm yang telah di sediakan. Sungguh tidak sangka, begitu tinggi dorm ini. Bayangkan, tangga sebanyak 130 steps ! Untuk ke atas sahaja tanpa membawa apa2 barang sudah terasa lutut bagai hendak tercabut inikan pula membawa barang2. Semput itu sudah pasti.


Dorm bagi peserta lelaki

Jadi pada 17.05.2013, masing2 sudah bersiap sedia dengan kumpulan. Bermula pagi dengan senaman ringan dan permainan berpasukan, seterusnya ke Dining Hall untuk sarapan pagi. Ada peraturannya dimana selagi kumpulan tidak cukup ahlinya, maka tidak dibenarkan untuk memulakan sarapan. Kunci kabinet peralatan makan dipegang oleh salah seorang ahli yang bertukar ganti jagaannya, bagi kumpulan Camah. Sebelum makan, bacaan doa makan akan dibaca. Setelah selesai sarapan, maka bermula kelas pengajaran untuk digunakan semasa Jungle Treckking kelak. Perkara yang diajar adalah cara2 membaca peta dan penggunaan kompas serta mencari bearing. Agak mudah kelas ini memandangkan ramai diantara kita telah belajar cara menggunakannya ketika di Lead Camp Alpha Bangi dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


 Sesi Pembelajaran di tepi pantai


Sekitar Permandangan di OBS Lumut, Malaysia

Sunday, June 23, 2013

Succesfully Completed ! (Intro)


Outward Bound School (OBS)
Lumut, Perak
Malaysia

Akhirnya, Sidang A @ Aristokratia berjaya menghabiskan cabaran Outward Bound School (OBS) di Lumut, Perak selama seminggu. Satu modul luar bagi kami yang paling mencabar, menguji ketahanan minda dan fizikal. Namun Alhamdulillah, ramai dari kami berjaya menamatkan cabaran tersebut cuma sedikit merugikan apabila ada yang give up di pertengahan jalan. Apakan daya, masing2 ada kekuatan tersendiri. Apapun kami tetap sokong anda semua. Bak kata Instructor, apa gunanya lepas cabaran di OBS tapi mengalami kecederaan kekal sepanjang hayat.

Namun begitu, dapat dilihat sepanjang modul tersebut, setiap peserta menunjukkan sifat kepimpinan dan kerjasama yang terbaik. OBS merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupai sampai bila2 namun bak kata KPP, kenangan tersebut tidak mungkin akan diulang semula. Cukuplah dengan apa yang telah dilalui. Haha.

More pictures will be upload soon including the Bomba Modul. In hurry for Economy Class. Stay tune INTEGRA !

Kalau rakan2 INTEGRA ada gambar2 menarik yang ingin dikongsi bersama, sila berikan gambar2 tersebut pada Hasif Rahman di Sidang A.Cuma saya inginkan gambar bersaiz besar dan bukan gambar di FB atau Wassap kerana nanti kualitinya tidak begitu baik bila di paparkan.

This is just the starting point guys !