Wednesday, July 3, 2013

BBQ Night - Sidang A and Sidang B : Eat eat eat


Welcome, welcome, welcome. Give a big big big claps ! It's not something too serious, It's not too protocol, it's was a night to be enjoyed, a night for us to EAT ! It's BBQ Night !

Yeah ! Satu lagi program yang dianjurkan atas kerjasama Sidang A @ Aristokratia dan Sidang B @ Bitara bagi merapatkan lagi, lagi rapat, lagiiiiiiiiiiiii rapat diantara para peserta, dengan para KPP dan PP PPP Intan Bukit Kiara, para warga IKWAS termasuk jurulatih dan kebetulan bersama para penceramah bagi modul IT. Project Manager bagi event ini ialah Mr. Shuk yang telah berhempas pulas memastikan program tersebut berjalan dengan lancar yang dibantu oleh AJK yang dilantik dari kedua - dua sidang.


Pada malam tersebut, Informal Emcee ialah Cash Ahmad dan Diana (Tiada Dalam Gambar) menceriakan lagi program dengan aksi santai. Kehadiran dilihat ramai di Dewan Menasi dengan Tema Anak Kampung. Ada beberapa peserta layak memenangi anugerah pakaian terbaik walaupun tidak dipertandingkan. Akan ditunjukkan di akhir post ini.


Menu Utama pada malam tersebut merupakan Satay yang ditempah sebanyak 1,300 cucuk ! Di samping itu turut disajikan Cendol, Nasi Minyak dengan lauk ayam dan sayur, buah-buahan dan air sirap, teh dan kopi. Oh ya, tidak dilupakan juga wedges ! Setiap peserta kelihatan terliur menunggu waktu makan memandangkan sepanjang kursus DPA berlansung, ini adalah kali pertama makan malam bukan pada pukul 6.30 petang. 


 Salah satu pengisian program tersebut adalah Xchange Gift dimana pada awal lagi para peserta di minta membeli hadiah untuk ditukarkan antara peserta. Berapa nilai hadiah tersebut tidak menjadi sesuatu isu, yang penting niat ikhlas di hati. Penulis mendapat Ali Cafe ! Terima Kasih diucapkan pada siapa yang memberi. Kerana Ali Cafe tersebut, mampu berjaga malam selewat 1.00 pagi ini untuk mengupdate blog ini di samping menyiapkan tugasan modul ICT. Pelbagai bentuk hadiah dan bungkusan dapat dilihat. Kreatif dan inovatif. Ada peserta yang mendapat tabung, ada yang mendapat kalkulator, ada yang mendapat penyangkut baju, ada mendapat cokelat dan macam2 lagi.


Majlis bermula dengan kata - kata aluan dari Penghuluwati INTEGRA iaitu Mega Nopija. Semoga segala nasihat dari beliau kita hormati dan dijadikan pengajaran agar perjalanan kita di DPA berjaya sehingga akhir.

 

Muka2 ceria para peserta menikmati makanan dan terhibur dengan persembahan


 Ya, Bulan Julai sudah tiba. Maka Tok Sidang bertukar tangan. Inilah muka baru Tok Sidang bagi A dan B. Semoga Tok Sidang yang baru mampu meneruskan kecermelangan sidang !


 Persembahan Karoke dari para peserta. Menunjukkan bakat terpendam dalam melontarkan vokal !


 Apalah gunanya kegembiraan jika tiada persahabatan. Semoga hubungan persahabatan antara Sidang A dan B semakin kuat !
 

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Masing2 kepenatan kerana menikmati jamuan yang sangat mengenyangkan. Masing2 tidak mampu untuk berjalan kerana terlalu kekenyangan. Terima kasih kepada semua warga Sidang A dan Sidang B kerana menjayakan program ini dengan memberikan kerjasama dan sokongan. Semoga program2 akan datang, kerjasama ini dapat diteruskan lagi.


Best Anak Kampung Dress ! 

No comments:

Post a Comment