Saturday, July 20, 2013

Bual Bicara Diet Sihat


 Pheeewww...sudah lama rasanya tidak menjejakkan jari jemari di blog ini setelah melalui dua minggu dengan modul yang memerlukan kadar tidur yang sangat kurang iaitu Modul Pengurusan Projek dan Modul Keselamatan dan Pertahanan Negara bagi Sidang A dan B. Assignment serta presentation yang memerlukan persediaan yang rapi membuatkan masing2 berada dalam keadaan bersengkang mata untuk memastikan hasil yang baik dapat di berikan. Bagi Sidang C dan D, mereka pula sedang menjalani Modul Pentadbiran & Pembangunan Wilayah dan Dasar - Dasar Awam.


Pada 5 Julai 2013 (Jumaat) telah berlansung satu program iaitu Bual Bicara Diet Sihat dengan menjemput Puan Anis Aslah Awiskarni - Pegawai Dietetik daripada Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Satu program yang membincangkan diet sihat yang perlu diamalkan oleh belia bagi memastikan kesihatan kita berada di tahap yang terbaik serta dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera bersama mereka yang tersayang. 

 Rehersal telah dijalankan terlebih dahulu dengan bantuan daripada PP yang memberikan kerjasama yang sangat cemerlang bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Segala tunjuk ajar dan nasihat akan kami jadikan panduan bagi program - program yang akan datang.



Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil seperti teknikal dan lain - lain lagi. Oleh kerana program tersebut berjalan dengan lancar, maka semua peserta mendapat pelepasan balik ke rumah pada hari tersebut. Walaupun dalam kepenatan, masing2 terus berkemas dan...vroooooooommmmmmmmmmm :D

The EXCOs


Untuk makluman semua, ini adalah barisan EXCO yang perlu anda hubungi andai di mana ada perkara yang hendak dibangkitkan atau cadangan mewujudkan sesuatu program. Sila rujuk kepada barisan EXCO terlebih dahulu terutama dari segi penetapan tarikh program anda agar tidak bertembung dengan tarikh program EXCO dan perjalanan program dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Hari ini, penulis akan bersengkang mata bagi mengemas kini blog yang sudah bersawang ini. Ho Yeah ! Eh, terlebih sudah. Sekian. Zzzzzzzz

Friday, July 5, 2013

INFO BLAST : Program Derma Darah


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua warga INTEGRA, pada Selasa ini seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas, akan diadakan satu Program Derma Darah di Ruang Legar Dewan Jemerlang INTAN Kampus Wilayah Selatan di bawah anjuran Biro Kebajikan DPA BIL. 1/2013 Siri 44 (IKWAS).

Antara syarat2 penderma adalah seperti berikut : -

  1. Sihat tubuh badan - Tidak berpenyakit berjangkit
  2. Berumur 18-60 tahun - Secara kasarnya semua warga INTEGRA layak
  3. Berat badan 45kg dan lebih
  4. Tidak mengidap penyakit kronik yang serius seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sbgnya
  5. Tidak mengambil sebarang antibiotik dalam masa 7 hari sebelum menderma darah
  6. Tidak menerima sebarang vaksin dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
  7. Tidur sekurang - kurangnya 5 jam pada malam sebelum menderma
  8. Tidak datang haid, hamil atau menyusukan anak
  9. Menetap di Malaysia sekurang - kurangnya 1 tahun (bagi bukan warganegara)



Mari rakan2 sekalian. Bersama2 kita menderma darah kerana di luar sana ramai yang memerlukan bantuan. Kalau sebutir beras itu dikatakan umpama setitis peluh petani untuk kehidupan masyarakat, maka setitis darah kita umpama nyawa kepada mereka yang memerlukan. Ayuh semua !


The Bandung Roses : Can't Take My Eyes Off You

Choppppppppppppppppp !!!!!!!!!

Sebelum tu, sesiapa yang view via dekstop/laptop..I mean via web
Sila tgk kat column kanan blog ini, nampak kan "the blog's song" tu?
Pause tu supaya nanti tak bercampur aduk lagu blog dan lagu video. 

Ok, ni video Bandung Roses semasa malam BBQ tersebut
Jaar & Mega !

~ ~ ~


Wednesday, July 3, 2013

Get Well Soon Wan Farid !


Salah seorang rakan kita telah tercedera ketika bermain bola sepak. Wan Farid namanya. Agak teruk juga sehinggakan beliau sukar untuk berjalan buat masa ini. Namun selepas pemeriksaan doktor, didapati tiada tulang yang patah atau perkara2 lain yang serius. Kami warga INTEGRA berdoa agar beliau akan cepat sembuh dan mampu berjuang semula dalam bola sepak !

Pssssssst...kami nak Farid nyanyi lagi !

From Wan Farid Fans !

Bertukarnya Kepimpinan : Sidang A @ Aristokratia

 

 Terima Kasih barisan kepimpinan Tok Sidang & Mak Sidang serta barisan EXCO Sidang bagi bulan Jun atas segala usaha dalam menjaga kebajikan Sidang A @ Aristokratia. Kami warga Sidang A memohon maaf andai ada tersalah kata, perbuatan yang mengguris hati anda semua. Sesungguhnya kami hanya manusia biasa.
 

Kini barisan Tok Sidang & Mak Sidang serta EXCO Sidang baru telah dibentuk bagi bulan Julai. Pertukaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam keadaan yang aman dan tanpa sebarang protes. Persetujuan ramai telah dicapai. Semoga barisan baru kepimpinan ini mampu meneruskan kecermelangan Sidang A @ Aristokratia dan menjaga kebajikan para warga Sidang A.


Barisan Kepimpinan Tok Sidang & Mak Sidang serta EXCO Sidang bagi bulan Julai !

BBQ Night - Sidang A and Sidang B : Eat eat eat


Welcome, welcome, welcome. Give a big big big claps ! It's not something too serious, It's not too protocol, it's was a night to be enjoyed, a night for us to EAT ! It's BBQ Night !

Yeah ! Satu lagi program yang dianjurkan atas kerjasama Sidang A @ Aristokratia dan Sidang B @ Bitara bagi merapatkan lagi, lagi rapat, lagiiiiiiiiiiiii rapat diantara para peserta, dengan para KPP dan PP PPP Intan Bukit Kiara, para warga IKWAS termasuk jurulatih dan kebetulan bersama para penceramah bagi modul IT. Project Manager bagi event ini ialah Mr. Shuk yang telah berhempas pulas memastikan program tersebut berjalan dengan lancar yang dibantu oleh AJK yang dilantik dari kedua - dua sidang.


Pada malam tersebut, Informal Emcee ialah Cash Ahmad dan Diana (Tiada Dalam Gambar) menceriakan lagi program dengan aksi santai. Kehadiran dilihat ramai di Dewan Menasi dengan Tema Anak Kampung. Ada beberapa peserta layak memenangi anugerah pakaian terbaik walaupun tidak dipertandingkan. Akan ditunjukkan di akhir post ini.


Menu Utama pada malam tersebut merupakan Satay yang ditempah sebanyak 1,300 cucuk ! Di samping itu turut disajikan Cendol, Nasi Minyak dengan lauk ayam dan sayur, buah-buahan dan air sirap, teh dan kopi. Oh ya, tidak dilupakan juga wedges ! Setiap peserta kelihatan terliur menunggu waktu makan memandangkan sepanjang kursus DPA berlansung, ini adalah kali pertama makan malam bukan pada pukul 6.30 petang. 


 Salah satu pengisian program tersebut adalah Xchange Gift dimana pada awal lagi para peserta di minta membeli hadiah untuk ditukarkan antara peserta. Berapa nilai hadiah tersebut tidak menjadi sesuatu isu, yang penting niat ikhlas di hati. Penulis mendapat Ali Cafe ! Terima Kasih diucapkan pada siapa yang memberi. Kerana Ali Cafe tersebut, mampu berjaga malam selewat 1.00 pagi ini untuk mengupdate blog ini di samping menyiapkan tugasan modul ICT. Pelbagai bentuk hadiah dan bungkusan dapat dilihat. Kreatif dan inovatif. Ada peserta yang mendapat tabung, ada yang mendapat kalkulator, ada yang mendapat penyangkut baju, ada mendapat cokelat dan macam2 lagi.


Majlis bermula dengan kata - kata aluan dari Penghuluwati INTEGRA iaitu Mega Nopija. Semoga segala nasihat dari beliau kita hormati dan dijadikan pengajaran agar perjalanan kita di DPA berjaya sehingga akhir.

 

Muka2 ceria para peserta menikmati makanan dan terhibur dengan persembahan


 Ya, Bulan Julai sudah tiba. Maka Tok Sidang bertukar tangan. Inilah muka baru Tok Sidang bagi A dan B. Semoga Tok Sidang yang baru mampu meneruskan kecermelangan sidang !


 Persembahan Karoke dari para peserta. Menunjukkan bakat terpendam dalam melontarkan vokal !


 Apalah gunanya kegembiraan jika tiada persahabatan. Semoga hubungan persahabatan antara Sidang A dan B semakin kuat !
 

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar. Masing2 kepenatan kerana menikmati jamuan yang sangat mengenyangkan. Masing2 tidak mampu untuk berjalan kerana terlalu kekenyangan. Terima kasih kepada semua warga Sidang A dan Sidang B kerana menjayakan program ini dengan memberikan kerjasama dan sokongan. Semoga program2 akan datang, kerjasama ini dapat diteruskan lagi.


Best Anak Kampung Dress ! 

Tuesday, July 2, 2013

Bandung & Roses Band !



Bandung & Roses. Ya, itulah nama band yang dicipta telah dicipta. Satu band yang terdiri daripada 2 guitarist, iaitu Wan Farid @ Payed, Jihad @ Handsome, vokalis Azhar @ Jaar dan pemain...err..benda apa yang ketuk2 tu ntah, Hishamuddin @ Sham. Secara jujurnya masih boleh diterima keahlian lagi jika ada mereka2 yang ada di Sidang A @ Aristokratia boleh menyanyi atau bermain alat muzik. Penari2 latar juga boleh atau backup singer. Salah satu persediaan yang dibuat sebelum tibanya waktu Battle of the Band kelak nanti !.


Pada malam BBQ Night yang dianjurkan dengan kerjasama Sidang A dan Sidang B di Dewan Menasi, Penghuluwati kita Mega Nopija, tidak kurang hebatnya juga melontarkan vokalnya apabila menyanyikan lagu, Can't Take My Eyes Off You - Frank Sinatra. Azhar juga dengan vokalnya yang begitu kelakian, tidak boleh kita nafikan. Masing2 memberikan persembahan yang terbaik dan memukau para jemputan. Dengan bantuan daripada band2 yang lain, kerjasama yang baik menghasilkan persembahan yang WOW !



Wan Farid. Ramai yang tidak sangka pada malam itu di mana Farid juga melontarkan vokalnya. Ramai yang terkejut. Sedappppppppppppppppppppppppppppppp rock gitu ! Satu kejutan yang tidak dijangkakan. Menjadi terkenal dalam sekelip mata. Farid Farid Farid !



Jihad turut seorang guitarist yang hebat. Bermain gitar dengan lincah sekali. Dibantu dengan back up singer, Kath ketika menyanyikan lagu Cerita Dia by Drama Band.


Semangat yang ditunjukkan band ini. The best performance ! Psssssssstt...Seb baik Mega tak kasi satay kat Jaar. Hahahahaha


Di akhir persembahan, All The Bandung Brothers menyampaikan lagu Anak Kampung. You made us proud gang ! Lots of claps and love from us. Keep up the good work !
Gambar2 lain BBQ Night in Next Entry. =)

Saturday, June 29, 2013

It's Bowling Time !


Pada Jumaat yang lepas, 28 Jun 2013, telah berlansung satu program Ten - Pin Bowling di V-Bowl, Kluang Parade. Dianjurkan oleh INTEGRA bagi merapatkan silaturahim antara peserta2 Diploma Pengurusan Awam, khususnya Sidang A @ Aristokratia dan Sidang B @ Bitara yang kini sedang menjalani modul kelas di Intan Wilayah Selatan (IKWAS) selain dari menghiburkan diri tatkala menhadapi minggu yang padat. Program ini sebenarnya lebih kepada program bersuka ria dan bersaing secara sihat di antara peserta. Menang kalah adat permainan, menang kalah kami semua tetap INTEGRA ! 


Ini kisah kami, Aristokratia dan Bitara


Peraturan permainan ini mudah sahaja. Pegang bola dan baling atau digolekkan ke arah 10 pin di hadapan supaya jatuh terburai. Mereka yang melanggar peraturan, bola bowling tersebut akan terguling ke belakang dan bukan di hadapan. Antara mereka yang berjaya di rakam kenangan bola bowling terguling ke belakang...err...dirahsiakan nama. Haha. Tidak lupa juga pada adegan jari tidak dapat dikeluarkan daripada lubang bola tersebut ! Mwehehe.
 

 Walaupun dari satu kumpulan yang besar, apabila ada dua pihak, berbaju hijau Aristokratia dan berbaju oren Bitara, sudah pasti ada pertandingan dan sudah pasti gelaran juara menjadi rebutan. Persaingan sihat diantara peserta di samping merapatkan silatulrahim. Bukan untuk menunjukkan siapa hebat, siapa tidak, sekadar persaingan santai sahaja kerana ada juga group yang menang SORAK dan RIUH, gelak ketawa sepanjang perlawanan. Bergegar rasanya tempat bowling tersebut. Manakan tidak, Tok Sidang yang baru kaki gelak. Hahahaha.

Penulis tidak ingat sebenarnya apa hadiah kemenangan, tetapi kalau tidak silap ketika flash back, rasanya hamper berisi junk food. Sebab time habis tu sibuk buat preparation lain.


Seperti yang dikatakan sebelum ini, itu dia, Aristokratia berbaju hijau termasuk penulis dan Bitara berbaju oren. Belek2 gambar yang diambil baru perasan, gambar sendiri takda. Terpaksa mengemis dari peserta lain. Haha. Boleh dikatakan semua lorong di situ di tempah kami. Penuh dengan Oren dan Hijau. Tetapi perasan juga tak semua team riuh. Ada yang nampak serius. Rilek okkkkkkkkk...have fun, that's the most important things. Dalam kelas dah tension, jangan la time aktiviti santai pun kita tension -,-

Tengok saja kumpulan riuh gelak ketawa, baling bola kucar kacir tapi penuh gelak ketawa. Haha. Hadiah entah kemana, tetapi kenangan itu sentiasa menjadi pembakar semangat.


 Apa yang pasti, sepanjang program tersebut berlansung, mereka2 yang tidak pernah bertegur, yang tidak pernah berbual, seolah2 semuanya sudah lama kenal. Menyokong ahli2 kumpulan mereka, bermain bersama. Matlamat utama program dilihat tercapai. Bonding persahabatan diantara sidang semakin kuat. Seperti Naz, happy bebenar dia. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....dan...er..pemain ni..tak ingat...Copi ke atau Arip? Fokus je tu...haha..strike ke dak?


 Sempat juga melawat kawasan2 lain selain tempat bermain. Ada yang duduk ketawa riang melihat gelagat pemain2 dan penyokong. Ada yang berbual sambil memberi senyuman dan...ada juga yang kesunyian...Apapun pelbagai gelagat dapat dirakam sepanjang program tersebut.


 Haaa....ini la team Riuh Gelak Ketawa ! Siddiq dan Arip mendominasi Kegembiraan peserta. Team pula terdiri daripada kaki riuh iaitu Arip, Mega, Diana, Theng, Farah, Laddawan, Hasif, Siddiq, Aizad, Effy, Khairol, Dzulkifli, Cash, Halim, Kath dan...yang tak disebut..maafkan diri ini. Lupa :p


Team Riuh Rendah



 Para Maskulin dan Jelitawan


Semangat kesukanan yang tinggi dari para peserta !


Namun walauapapun, kita semua adalah satu, kita semua adalah juara !
INTEGRA !
Kerjasama dan bersatu dalam apa jua perkara, tolong menolong and never leave our friends behind. Semangat berpasukan !


 Haa...di sini ada satu soalan. Sapa dapat jawab, nanti penulis belanja :p
Sapa yang mendapat atau menjuarai 
"Penerima Sorakan Terbaik"
Sepanjang perlawanan :p

Aksi penghuluwati kita
This is what we call friendship ! :p


Oh ya............belum tamat lagi !


 Ok. Satu amalan Aristokratians yang diamalkan adalah menyambut Birthday bagi kesemua ahli yang lahir pada setiap bulan. Setelah selesai program tersebut, kami semua berkumpul dan mengeluarkan kek yang ditempah/dibeli untuk the birthday boy ! :p Birthday siapakah pada bulan JUN???


 Ya ! Fuadi dan Udin !   

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu semua
Allah selamatkan kamu

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to all of you
Happy Birthday to you


 Di mohon birthday boy untuk meniup lilin tersebut....bersama :p


 Atas permintaan Tok Sidang KAO, ini dia, gambar penuh mesra mereka berdua
Ececece...hahahahahaha
Berpegang tangan berkongsi hari kelahiran. Auwwwwwww :p


 Itu saja cerita dari Ten-Pin Bowling. 
Jumpa anda semua di BBQ Night Isnin ini !
Kita gegarkan semua !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hidup INTEGRA !

 Oh ya, ingin minta bantuan siapa2 lepas ni tolong record aktiviti program kita. Kalau ada yang menarik, boleh diuploadkan.

Sidang2 lain kalau ada nak submit gambar pun boleh, takda masalah. Have fun guys !


Thursday, June 27, 2013

Ustaz Halim dan KPI Solat


Memeriahkan surau dengan program bacaan Yasin

Sungguh merdu sekali bacaan Imam kita iaitu Ustaz Halim. Dengan lenggoknya, lembutnya, suaranya, tatkala di waktu subuh, boleh membuatkan kita lena dibuai mimpi indah. Itulah keistimewaan yang ada padanya sehinggakan mereka yang begitu liat untuk ke surau kini mula hadir ke surau. Hebatnya tarikan tersebut. Memang benar kata orang, Islam itu indah. Dengan kelembutan, kita mampu membuka jalan yang lurus kepada rakan2 kita. Jika tidak keberatan, semoga setiap solat 5 waktu kita, di imamkan oleh Ustaz Halim. Saya menyokong penuh !

Hari ini, Malam Jumaat, lain daripada yang lain. Begitu indah rasanya. Para lelaki dan wanita muslim hadir ke surau untuk solat berjemaah Maghrib dan Isya' serta membaca Yasin. Setelah selesai semuanya, Ustaz Halim mengedarkan satu borang yang dinamakan Borang Mutabaah Amal. Satu borang umpama borang kehadiran atau boleh dikatakan satu borang KPI solat kita. Solatkah kita, tidak solatkah kita, sendirian atau berjemaah, di bilik atau di surau, akan dicatatkan dalam borang tersebut.  Pada akhir bulan, hasilnya akan boleh dilihat sejauh mana KPI solat kita. Semakin majukah? semakin menurun? atau tiada perubahan.

Bagi sesetengah orang, borang tersebut akan kelihatan seperti memaksa kita untuk solat. Umpama solat tetapi tidak ikhlas kerana takut akan rekod yang akan dipaparkan kelak. Hendak ditipu, Allah lihat kesemuanya, hendak jujur umpama riak pula. Apapun itu semua, bergantung pada hati dan iman masing2. Niat itu penting. Yang penting bukan pandangan manusia semata, tetapi pandangan Allah pada kita. Bab umpama memaksa itu, penulis dengan jujurnya pada mulanya merasakan begitu, namun penulis pernah melihat satu kenyataan ini,

Bertudunglah walaupun TERPAKSA
Solatlah walaupun TERPAKSA
Puasalah walaupun TERPAKSA

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA

Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemui hikmah dan
akhirnya hati kita akan menjadi IKHLAS keranaNya.

Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. 

Semoga surau kita di IKWAS akan dipenuhi oleh peserta DPA 1/2013. Sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik ganjarannya.

Monday, June 24, 2013

The Bukit Pangkor


Kepenatan. Itu sahaja kami mampu ucapkan. Namun kepuasan yang dinikmati apabila tiba di puncak Bukit Pangkor, tidak terkata rasanya. Kerana kumpulan Camah diduga dengan ujian kesabaran yang tinggi, memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Apabila salah seorang ahli kumpulan yang cedera, kami berusaha memberi kata2 semangat, mendorongnya untuk teruskan perjuangan. Walaupun selangkah demi selangkah penuh dengan kesakitan, kami teruskan jua. Kerjasama, Alhamdulillah, sangat terbaik dalam kumpulan Camah. Setiap peserta lelaki berkorban menolong peserta wanita. Tiada satu sikap mementingkan diri ada dalam kumpulan ini.

Fahmi antaranya, sanggup mengangkat dua bag di mana satu bag sahaja sudah 15 kg. Kami berusaha agar yang cedera itu dikurangkan bebannya. Hampir pengsan, kekejangan namun kami harus membantunya. Kumpulan2 lain tiba di puncak khabarnya sekitar jam 10.00 pagi. Namun, bak kata Mr. David, it's not a competition. First or last doesn't matter. What's matter is the quality of the group.


Setelah berehat selama 45 minit di puncak Bukit Pangkor. Kami mulakan perjalanan pulang. Perjalanan turun tidak begitu sukar seperti ketika mendaki. Tibanya di pantai, kami menaiki bot laju untuk ke base. Saya berpeluang untuk duduk di hadapan sekali. Terasa...WOW...I DID IT !! Satu kejayaan serta kepuasan ! Terasa berbaloi semua kepenatan dan kesakitan yang dirasai. Kenangan itu tidak mungkin dilupakan...namun tidak ingin kami ulangi. Haha. OBS..terbaikkkkkkkkkkkkk