Saturday, July 20, 2013

Bual Bicara Diet Sihat


 Pheeewww...sudah lama rasanya tidak menjejakkan jari jemari di blog ini setelah melalui dua minggu dengan modul yang memerlukan kadar tidur yang sangat kurang iaitu Modul Pengurusan Projek dan Modul Keselamatan dan Pertahanan Negara bagi Sidang A dan B. Assignment serta presentation yang memerlukan persediaan yang rapi membuatkan masing2 berada dalam keadaan bersengkang mata untuk memastikan hasil yang baik dapat di berikan. Bagi Sidang C dan D, mereka pula sedang menjalani Modul Pentadbiran & Pembangunan Wilayah dan Dasar - Dasar Awam.


Pada 5 Julai 2013 (Jumaat) telah berlansung satu program iaitu Bual Bicara Diet Sihat dengan menjemput Puan Anis Aslah Awiskarni - Pegawai Dietetik daripada Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor. Satu program yang membincangkan diet sihat yang perlu diamalkan oleh belia bagi memastikan kesihatan kita berada di tahap yang terbaik serta dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera bersama mereka yang tersayang. 

 Rehersal telah dijalankan terlebih dahulu dengan bantuan daripada PP yang memberikan kerjasama yang sangat cemerlang bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar. Segala tunjuk ajar dan nasihat akan kami jadikan panduan bagi program - program yang akan datang.



Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil seperti teknikal dan lain - lain lagi. Oleh kerana program tersebut berjalan dengan lancar, maka semua peserta mendapat pelepasan balik ke rumah pada hari tersebut. Walaupun dalam kepenatan, masing2 terus berkemas dan...vroooooooommmmmmmmmmm :D

The EXCOs


Untuk makluman semua, ini adalah barisan EXCO yang perlu anda hubungi andai di mana ada perkara yang hendak dibangkitkan atau cadangan mewujudkan sesuatu program. Sila rujuk kepada barisan EXCO terlebih dahulu terutama dari segi penetapan tarikh program anda agar tidak bertembung dengan tarikh program EXCO dan perjalanan program dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Hari ini, penulis akan bersengkang mata bagi mengemas kini blog yang sudah bersawang ini. Ho Yeah ! Eh, terlebih sudah. Sekian. Zzzzzzzz

Friday, July 5, 2013

INFO BLAST : Program Derma Darah


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam 1 Malaysia.

Perhatian kepada semua warga INTEGRA, pada Selasa ini seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas, akan diadakan satu Program Derma Darah di Ruang Legar Dewan Jemerlang INTAN Kampus Wilayah Selatan di bawah anjuran Biro Kebajikan DPA BIL. 1/2013 Siri 44 (IKWAS).

Antara syarat2 penderma adalah seperti berikut : -

  1. Sihat tubuh badan - Tidak berpenyakit berjangkit
  2. Berumur 18-60 tahun - Secara kasarnya semua warga INTEGRA layak
  3. Berat badan 45kg dan lebih
  4. Tidak mengidap penyakit kronik yang serius seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sbgnya
  5. Tidak mengambil sebarang antibiotik dalam masa 7 hari sebelum menderma darah
  6. Tidak menerima sebarang vaksin dalam masa 3 minggu sebelum menderma darah
  7. Tidur sekurang - kurangnya 5 jam pada malam sebelum menderma
  8. Tidak datang haid, hamil atau menyusukan anak
  9. Menetap di Malaysia sekurang - kurangnya 1 tahun (bagi bukan warganegara)



Mari rakan2 sekalian. Bersama2 kita menderma darah kerana di luar sana ramai yang memerlukan bantuan. Kalau sebutir beras itu dikatakan umpama setitis peluh petani untuk kehidupan masyarakat, maka setitis darah kita umpama nyawa kepada mereka yang memerlukan. Ayuh semua !